24.10.10

awal pagi di andalus......

pagi mula membuka tirai,

seraya memperlihatkan ragam kehidupan KL,

kupandang 360 darjah,

asap-asap sisha berkepul-kepul ke udara,

pak2 arab masih sibuk dengan khidmat,

5 anak muda berlatar belakangkan seni lepak bersama,

membuka bicara tentang dunia mereka,

tiba2 semua mereka menarik muka akibat rasa sisha yg serba x kena,

tapi topik perbualan x lari dari bicara,

semua mereka membicarakan ttg rutin harian,

atas usaha seorang teman,

sisha telah berubah rasa.

ohhhh...teruknya rasa barbican Grape,

seorang teman memaki atas eksperimen terhadap asap.

hahahahah

18.10.10

saat itu...

malam sangat sejuk, 


kopi dibancuh buat peneman, 


sambil membaca paper lama.


dia keluar dari perut bilik,


seraya memandang aku,


jantung berdebar,


lutut menggeletar,


aku terasa seolah aku diluar sedar,


gerakan si polan dekat pada ku,


seluruh kudrat terasa kaku,


dan kali ini mmg x ku sangka,


emmm.....sedapnya,                                                                


nak lagi x???......,


nak !,


bibik!.....tolong bawak lagi durian tu.




- insan akal celaru-

10.10.10

coming soon

x lama lae aku akan melakukan penampilan pertama dalam produksi sweeney todd the musical...huhuhu....show x lama lae so aku juz  nak prepare la apa yg patut huhuhu...wait 4 me sweeneyyy....


6.10.10

bz betul la waktu nie

dalam entry kali ni aku nak cerita yang aku banyak terlibat dengan produksi dalam kampus...huhuhu
aku x tau camana nak buat...bab kebanyakan jadual latihan aku yang clashed....tapi aku x dapat tarik diri daripada produksi sebab inilah masanya utk aku tunjukkan yg aku dapat handle masa aku sebenarnya...antara produksi yang aku follow ialah...Muzikal Sweeney Todd, Teater Klasik Pelarian Perang, Kotaku Oh Kotaku,  aku ada pergi audition untuk peTa kak sherry iaitu Janda Setinggan...huhuhuhuhu....
aku x tau lagi apa keputusan dia...hihihi kelas plak aku da ada yg ponteng...aku takut x dapat masuk exam jerr nanti...huhuhu

apa pun.....aku harap semuanya akan dapat dikawal dengan baiklah...huhuhu..sekian jerr utk kali ni.

3.10.10

kisah H, sibuta mempergunakan si celik. (kaya seni kaya sini)

Telah tersebut sebuah kisah
kisah yang baunya resah
resah yang lemas kerana basah
basah yang dibalut oleh gelisah
kerana sibuk nak buat susah
pada orang yang celik tapi otaknya bercambah!

Aku setakat nak bercerita kisah
kisahnya si buta menyelesai masalah
masalah dari sebuah rumah
rumah penuh dengan orang susah
susah hingga bergadai tanah
tanah kini kononnya premis kerajaan lah!

Bila ingin dibuat cerita mentah
mulanya dari usaha rumah
rumah anak seni berkerja susah
susah hingga badan nak rebah
rebah bukan maksud bersembah
tapi kerana otak si buta yang memang lemah!

Kata nak buat majlis yang ramah
ramah kononnya usaha rumah bukanlah rendah
tapi tinggi dan tak dapat dijamah!

Bila dah tiba di tengah-tengah
tengah anak seni semangatnya bercambah
bercambah kerna ingin melihat meriah
rupanya hanya dongeng si buta lemah
bahwa anak seni kononnya mengatur sembah
hingga terbongkar rahsia berbongkah-bongkah
rupanya anak seni si penganjur memang bukanlah
tapi sekadar sebidang ajk kecil dalam hias dan sembah!

Memang si buta mencari susah
susah sengaja mencari masalah
masalah mencipta namanya agar gah
hingga memperdaya anak seni yang tinggal serumah!

Memang si buta otaknya lemah
ingatnya anak seni mudah direbah
belum berjumpa buku dah nak tunjuk megah
sebenarnya ruas masih di bawah!

Bila dah mula majlis meriah
harap si buta tidak menyumpah
kerana sumpah telah menjadi kuah
kuah yang tumpah di muka si buta yang gah
oleh anak seni yang tinggal serumah!

Ini janji anak seni yang petah
petah untuk melafaz menyumpah
kiranya tiada kerusi meja untuk disinggah
pada hari meriah yang usahanya susah
pasti si buta akan bertemu malunya maruah
maruah bukannya kerana darjah
tapi kerana pentas seni kosong dan tiada bersembah!

Dan waktu itulah!
baru si buta merasa susah
susah nak angkat punggung bagaikan lemah
lemah dek termakan buah
buah tangan anak seni serumah
KERNA TAK DATANG MAJLIS MERIAH!

Sekian dan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
dan lu boleh blah!

-anak kecil dewan rakyat-

 mungkin muka inilah yang layak dikaitkan dengan si buta yang lemah...huhuhu....
pemerintah kuku besi....
SIALLLLL