25.9.11

kata2 mak bapak aku.

memang betul cakap mak bapak aku, kalo nak berkasih jangan mengharap pada yang satu, yang paling utama sekali, berkasihlah pada tuhan. kerana dengan apa yang kita berikan padanya akan dibalas dengan apa yang kita niatkan. 

sedang aku menuntut di IPT. aku pernah melihat pelbagai ragam manusia yang aku x kenal siapa. aku juga sama macam orang lain, punya rasa ingin kenal, mminat, suka, dan macam2 lagila pada pompuan. maknanya aku masih normal bukan.? kemahuan masih pada spesies yang bertentangan...

kehidupan remaja yang baru beralih ke alam IPT sangat nikmat, kerana disanalah mereka belajar erti kebebasan dalam kehidupan. apa itu pengorbanan dan segala macam jadah lagi lah. hahahahah....

aku pernah percaya cakap mak aku, kalo nak bercinta kawin dulu. tapi istilah nie bleh pakai lae kew dalam zaman yang serba canggih nie.???

aku ada kenal sorang budak junior dekat tempat aku belajar, dia asal johor....nak dijadikan cerita. aku usha la awek nie. nama dia...TUTTTT...x perlulah rasanya aku sebutkan sapa dia dalam hal nie kan....hihihihi.

aku rasa yang aku dah hampir neurosis sebab dia....sebab selama nie aku x pernah buat benda yang pelik2 untuk sorg awek...hahahaha....rasa macam nak gelak, macam nak marah macam nak.....semua ada dalam kepala nie....biarlah entry nie gantung dekat sini....huhhh!!!!!


9.9.11

malam ini terasa seperti malam2 biasa yang aku lalui sebelum nie,
sentiasa menunggu pesanan ringkas dari pari2,
namun, kebelakangan ini aku asyik menunggu dengan jawapan kehampaan.

pada firasatku mungkin pari2 cedera di hempap meteor yang jatuh, 
bahang meteor yang panas membuatkan sayap pari2 itu terbakar,
lalu aku terpaksa menunggu hingga pari2 sembuh dalam masa seribu tahun lagi.

tapi seribu tahun kemudian masihkah aku akan tetap menapak disini?
mungkin yang tinggal hanyalah kenangan2 indah sewaktu pari2 selalu berpijak pada muka bumi.
dan aku hanya meninggalkan roh yang x tenteram,
mungkin kerana cinta pada pari2, mgkn kerana banyak lagi yg harus aku beritahu padanya.

pari2, andai kau boleh mendengar segala isi hati,
aku minta engkau cepat sembuh,
aku minta kita boleh ketawa bersama seperti sebelumnya,
aku x sanggup lagi malam2 ku ditemani sepi,
aku mahu ada orang yang boleh nyanyikan lagu kedamaian padaku.

dan orang tu adalah kau pari2.




AKU MAHU PARI2 AKU BALIK.

3.9.11

laut sayang bulan

sakit,

disakiti,

menyakitkan,

ketiga-tiga ini seakan-akan sama tapi nyata berbeda, 

saat laut betul2 mengharap cinta dari bulan, laut sanggup berlagak tenang demi bulan, laut sanggup sembunyikan gelora demi bulan, disaat pengorbanan ini laut lakukan, dimana bulan???

bulan dah x sayang dgn laut kew?? atau bulan masih lae di bayangi awan???

laut cemburukan awan, mgkn sebab awan bulan dah x sudi menjadi teman laut. tapi laut tetap akan setia dengan bulan. ini janji laut pada bulan dan diri laut sendiri, laut janji yang laut akan sayang bulan sampai bila2. 

kalo bulan dah x sayangkan laut, bulan bg tau kat laut ea...jangan biar laut terus hipokrit dengan diri laut. mgkn nanti itulah masanya laut bergelora.

huhuhu.....