27.12.11

panas+mals+boring

mana makcik cleaner yang aku tempah melalui e-Bay nih????...dah sekurun aku tggu tak sampai2. hanjing betul la...

17.10.11

PRODUKSI TEATER KANAK-KANAK ALADDIN

Hari yang di nanti semakin mendekati diri,
readers sumer nak tau hari tu hari apa???

ni dia??




Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA ) akan mengadakan pementasan teater kanak-kanak dan tajuk bagi pementasan nie...seperti yang anda boleh lihat didalam gambar.


majoriti barisan pelakon bagi teater aladdin kali ini diterajui oleh pelajar diploma teater tahun 2 aswara.


dan kali ini saya memilih untu tidak berlakon, sebaliknya memikul tanggungjawab sebagai "stage manager" bagi pementasan ini. tugas saya bukan  mudah seperti berlakon, tapi saya x cakap yang berlakon tu senang. cuma tugas saya lebih kepada bahagian pengurusan dan ini kali pertama saya memikul jawatan ni. susah jugak la.


memang saya rasa sedih sebab saya x dapat menjalankan tugas saya dengan sempurna. namun kata orang...x ada benda yang sempurna bukan??? tambahan pula saya masih dalam proses pembelajaran.


dan tarikh bagi pementasan telah ditetapkan pada 21 oktober sehingga 23 oktober beserta dengan 2 "matinee" show.


semoga saya mampu melakukan yang terbaik semampu saya untuk menjayakan pementasan ini.


dan di bawah ini ialah barisan2 pelakon utk teater ini.




dua jejaka diatas akan memegang watak ALADDIN



dua orang gadis ini akan memegang watak sebagai PUTERI JASMIN






dan mereka pula akan memegang watak sebagai ALI dan HASSAN, iaitu sahabat kepada aladdin.





inilah pemain bagi watak JINNY..hihihi





dan dia pula JAAFAR. musuh kepada aladdin



mereka bertiga akan memegang watak sebagai MASTURA, MASYITAH dan SYARIFAH. peniaga didalam kota Baghdad.



dan beliau akan memegang watak POLIS

dan watak-watak korus akan dijayakan oleh pelajar-pelajar diploma teater tahun satu ASWARA.


ok la wahai readers sekalian, sampai disini sahaja entry untuk kali ni. 

GOOD LUCK PRODUKSI TEATER KANAK-KANAK

"ALADDIN"

bubbye.....luv u all readers.

25.9.11

kata2 mak bapak aku.

memang betul cakap mak bapak aku, kalo nak berkasih jangan mengharap pada yang satu, yang paling utama sekali, berkasihlah pada tuhan. kerana dengan apa yang kita berikan padanya akan dibalas dengan apa yang kita niatkan. 

sedang aku menuntut di IPT. aku pernah melihat pelbagai ragam manusia yang aku x kenal siapa. aku juga sama macam orang lain, punya rasa ingin kenal, mminat, suka, dan macam2 lagila pada pompuan. maknanya aku masih normal bukan.? kemahuan masih pada spesies yang bertentangan...

kehidupan remaja yang baru beralih ke alam IPT sangat nikmat, kerana disanalah mereka belajar erti kebebasan dalam kehidupan. apa itu pengorbanan dan segala macam jadah lagi lah. hahahahah....

aku pernah percaya cakap mak aku, kalo nak bercinta kawin dulu. tapi istilah nie bleh pakai lae kew dalam zaman yang serba canggih nie.???

aku ada kenal sorang budak junior dekat tempat aku belajar, dia asal johor....nak dijadikan cerita. aku usha la awek nie. nama dia...TUTTTT...x perlulah rasanya aku sebutkan sapa dia dalam hal nie kan....hihihihi.

aku rasa yang aku dah hampir neurosis sebab dia....sebab selama nie aku x pernah buat benda yang pelik2 untuk sorg awek...hahahaha....rasa macam nak gelak, macam nak marah macam nak.....semua ada dalam kepala nie....biarlah entry nie gantung dekat sini....huhhh!!!!!


9.9.11

malam ini terasa seperti malam2 biasa yang aku lalui sebelum nie,
sentiasa menunggu pesanan ringkas dari pari2,
namun, kebelakangan ini aku asyik menunggu dengan jawapan kehampaan.

pada firasatku mungkin pari2 cedera di hempap meteor yang jatuh, 
bahang meteor yang panas membuatkan sayap pari2 itu terbakar,
lalu aku terpaksa menunggu hingga pari2 sembuh dalam masa seribu tahun lagi.

tapi seribu tahun kemudian masihkah aku akan tetap menapak disini?
mungkin yang tinggal hanyalah kenangan2 indah sewaktu pari2 selalu berpijak pada muka bumi.
dan aku hanya meninggalkan roh yang x tenteram,
mungkin kerana cinta pada pari2, mgkn kerana banyak lagi yg harus aku beritahu padanya.

pari2, andai kau boleh mendengar segala isi hati,
aku minta engkau cepat sembuh,
aku minta kita boleh ketawa bersama seperti sebelumnya,
aku x sanggup lagi malam2 ku ditemani sepi,
aku mahu ada orang yang boleh nyanyikan lagu kedamaian padaku.

dan orang tu adalah kau pari2.




AKU MAHU PARI2 AKU BALIK.

3.9.11

laut sayang bulan

sakit,

disakiti,

menyakitkan,

ketiga-tiga ini seakan-akan sama tapi nyata berbeda, 

saat laut betul2 mengharap cinta dari bulan, laut sanggup berlagak tenang demi bulan, laut sanggup sembunyikan gelora demi bulan, disaat pengorbanan ini laut lakukan, dimana bulan???

bulan dah x sayang dgn laut kew?? atau bulan masih lae di bayangi awan???

laut cemburukan awan, mgkn sebab awan bulan dah x sudi menjadi teman laut. tapi laut tetap akan setia dengan bulan. ini janji laut pada bulan dan diri laut sendiri, laut janji yang laut akan sayang bulan sampai bila2. 

kalo bulan dah x sayangkan laut, bulan bg tau kat laut ea...jangan biar laut terus hipokrit dengan diri laut. mgkn nanti itulah masanya laut bergelora.

huhuhu.....

24.8.11

sang pari-pari mimpi

kabut asap rokok menghempas muka yang suram diwaktu malam...
rahang terkatup rapat sambil kepala memikirkan kejadian sebentar tadi.
kenapa dia selalu layan aku cam tue...?
kenapa aku selalu rasa yang aku jer bersungguh.
aku sayang dia, dan aku yakin yang dia jugak sayangkan aku.

kali ini kekabutan asap rokok bukan lae menuju ke muka tapi dibawa angin menuju perlahan menyapa pancaindera seorang wanita tua disebelahku.
dengan muka ketat aku padamkan bara kematian setelah wanita tua di sebelahku seakan-akan disula bontotnya.

kerana rongganya disapa asap rokok sebenarnya.buntu aku semakin memuncak bila aku terlalu memikirkan perkara yang bagi orang lain x penting sama sekali. perlahan-lahan aku menarik sauh,berlayar pergi dari stesen elarti MJ.sebab? sebab elarti yang ditunggu lambat dan sesak macam palat. masalah itulah yang sering dihadapi oleh sorang pentelaah macam aku.

sampai aku di umah diiringi dengan makian kerana aku dah buang duit sebanyak RM 10 hengget semata-matu utk pakcik teksi tua yang hanya tahu menipu pelancong2 asing yang datang ke negara kita Malaysia.

kawan2 umah aku plak, macam2 ragam yang dapat dikenang indah, walaupun kadang2 perangai agak menyakitkan hati jugak. usai sudah mandi aku menyalakan sebatang rokok MALBORO SOFTPACK yang menjadi kegemaran aku bagi melayan gian tekak. termenung aku dimuka pintu, melihat kehidupan jalan Kuala Lumpur yang x pernah berhenti dalam kitaran 24 jam. 
memikirkan lahanat yang menjadi agenda hotak semasa di stesen elarti tadi, aku kembali merasa yang sebenarnya aku mmg sayangkan dia. kesian pada wanita tua yang turut menjadi pelampiasan kebuntuan aku.
aku ttp pintu,merebahkan badan ke lantai, cari jawapan, namun masih besar lahanat yang bermain dalam sistem lymbic aku.jadi aku mengambil keputusan untuk menemuinya esok malam, si pari-pari mimpi yang membuatkan aku jadi begini. 
selesai kitaran 24jam pada tarikh sekian2, aku mematikan enjin yang dilenjan habis2an di sepanjang Jalan Kucing. 

esok malam, pari2 akan tahu betapa aku buntu kerana dia, dan aku akan kata pada dia, izinkan aku mencumbuimu dihadapan teman2 agar mereka jadi saksi kegilaan ini selama 100 tahun. biar tiada orang yang dapat overlap standard piawai yang kita tetapkan.

-selamat malam pari-pari mimpi-

9.8.11

semalaman memikirkan nasib yang x habis2 ditimpa kesusahan bertalu-talu
lena dipupuk sehabis mati bagi mematikan segala persoalan yang bermain didalam kotak fikiran yang kecil ni.
bangkit dari ketiduran lalu melayang ke amsterdam bagi maratah ham mengisi kekosongan malam
ham terasa payau, mungkinkah babi atau aku yang sedang berhalusinasi,
 
biarkanlah rasa yang seakan-akan babi terus menular dilidah ni dan biarkan aku yang terasa seperti dibabikan mati dengan halusinasi ku sendiri.

mungkin mati lebih baik dari terus dihantui rasa babi ini

6.8.11

dulu aku ada satu kucing hitam
nama dia sam
aku sayang sangat dekat sam
tapi satu hari sam hilang...
 
mana sam???
sam selamat kew???
 
rupanya sam dirampas oleh bidadari 
jauh diatas kayangan sana
 
dan aku???

4.8.11

BEST,BESTNYER,BEST KEW???

hai readers sekalian...

ary nie...aku ada satu perkhabaran yang baik utk anda semua(bagi saper2 yang follow entry aku...hahah)

malam semalam punya malam, aku ada nampak sorg awek nie...fuhhh...aku lepak semeja dengan dia. nama dia.#$%&*...he3.
mana leh bagi tau....kawan2 kelas dia cakap dia nie agak diva ckit tau...hurmmm..diva kew???

lepas tue aku try borak2 kosong dengan dia...tapi yang aku heran dgn budak nie...asal dia nampak aku mes akan kuar ayat nie...
( hai abang anip ). gullppp...!!!

waktu tue aku rasa...wakakakakakak....sapa2 yang cakap dia nie diva yang agak over sebenarnya salah!(sambil berdiri ala2 leftenan adnan)...ermmm...acmana leftenen tu berdiri ek???
condong kew...lurus kew...hemmm...aku pun x taw.

lepas tue...aku dah x kesepian lae selepas setahun aku belajar di aswara...cuba teka kenapa....sebab aku dah ada peneman hidup aku...hihihi( haaaa...yang nie double meaning nie)...bagi readers2 yang pandai dalam menafsir hati dan perasaan nie....cubala kalo korang dapat...

emmm...readers sekalian...selalunya..akan ada orang yang baca blog nie tanpa aku ketahui siapa dia..(walaupun hakikatnya mmg camtu kan.)

bila dia baca jer entry yang latest...mesti dia akan senyum atupun besa2 seyjo tgk entry aku ni kan?
hemmm...entah la..

apa pun aku nak share jugak yang aku punya pointer utk last semester dah meningkat...so semester nie aku nak target dekan.

emmm...senang citer...apa yang aku nak share dgn korg ari nie...sumenyer........

BEST!!!

ok la...i rasa itu jer la entry utk kali nie...hihhi bubbye uollsss..
(sambil bangun dari depan pc dengan gaya ala2 diva)

wakakakak

9.7.11

ALOOHAAA....

wahai readers sekalian....agak lama hamba menyepi dari mengisi ruangan yg hamba ciptakan di maya ini...bukan kerana kekurangan idea..tetapi kerana kekangan masa dan hal2 produksi yang harus hamba settlekan.

dimana harus aku mulakan entry kali ni arrr...emmmm...baiklah...setelah selesai sahaja persembahan EKSPERIMENTAL TEATER GELANGGANG TOK WALI pada hari jumaat yang lepas...maka berakhirlah title aku sebagai sorg pengarah....ini adalah arahan pertama aku selepas setahun aku menuntut ilmu di ASWARA. actually aku masih ada 2 tahun untuk aku tamatkan pengajian aku diperingkat diploma.

aku berterima kasih sangat2 kepada semua tenaga produksi yang membantu dalam menjayakan pementasan ini.
hasilnya amat memberansangkan...persembahan yang terakhir kami adakan di sekolah lama saya iaitu SMK Bongawan....feedback yang kami dapat dari pihak sekolah is very UNEXPECTED....fuhhhhhh!!!!...tapi aku agak sedih sebab suara agak tenggelam timbul sebab struktur dewan atau mungkin aku bukanlah seorang pelakon yang baik.

banyak pengalaman yang berguna akan aku manfaatkan dalam memajukan diri aku dari segi pengarahan...huhhu...dan kepada semua tenaga produksi yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung.

TUHAN SAJALAH YANG DAPAT BALAS JASA KAMU SEMUA.

aku harap akan ada sambungan utk entry ni k...hihihi

25.6.11

salamzzz.....

wahai readers sekalian....rasanya dah lama aku x update blog nie...dah berhabuk dah nie....hihihi...so entry kali nie aku nak citer ckit pasal pengalaman aku dalam proses untuk menjayakan sebuah "stage play", pada proses awal aku mulakan dengan mencari pelakon yang aku perlukan untuk membantu aku bagi menjayakan pementasan aku kali nie. aku pulang ke tanah air yg tercinta dengan harapan akan memenuhi masa lapang aku dengan pengisian yang berfaedah. 

baiklah....HEGEMONI...inilah tajuk teks pertama yang aku nak sangat pentaskan di SABAH....tapi teks ni sudah pun dimainkan di KL...pertama kali aku lihat pementasan teks ni...aku rasa teruja sangat dengan permainan teater eksperimen yang dimainkan oleh pemain2 yang agak berpengalaman aku kira. penulis karya ini ialah ALOY PARADOKS..anda semua mesti tertanya-tanya siapa mamat ni kan???...takpe la...ini gambar mamat yang x kurang hebatnya dari segi pengarahan...


dia adalah penulis bagi karya ini...proses pada mulanya agak sukar  kerana masalah dalam mencari pemain perempuan di sabah... sehingga ada satu hari saya terpaksa berjalan kaki untuk bailk dari pada centre point ke UA Sepanggar..dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih...dah la haus....nasib tengah jalan saya terjumpa buah kelapa lalu saya pecahkan dan FUHHHH....lega siot dapat minum...apa???...camana bleh jumpa...saya lalu jalan Tg. Lipat ok...huhuhu..oleh itu saya terpaksa batalkan hasrat saya untuk teks ini...saya sukakan teks ini...dengan gaya bahasanya yang unik...dan agak kolokial...

lalu akhirnya saya terpaksa mengangkat teks dari petikan komsas sukatan baru pada masa ini...iaitu Gelanggang Tok Wali...karya Ismail Kasan...

saya mengangkat teks ini dalam bentuk RANDAI...yang mana bukanlah sepenuhnya tradisional...saya mengetengahkan beberapa elemen randai dalam teater ini...bagi memperkenalkan Randai kepada pencinta teater di Sabah...anda ingin tahu apa itu randai....???

sila klik link ini...

ini adalah permulaan saya bagi menguji kebolehan saya dalam aspek pengarahan...dan bagi para peminat teater yang ada disekitar Kota Kinabalu....anda di alu-alukan hadir ke pementasan ini yang akan bermula pada 30 Jun - 2 Julai.....


dan ini adalah wajah2 ahli produksi yang akan menjayakan pementasan ini...emmmmm....kita menghadapi kesulitan....jadi esok saya akan update semula entry kali ni k..




12.6.11

malam yang aku lalui, penuh dengan kebingungan tatkala aku lagi memikirkan tentang percubaan aku utk menjadi seorang pengarah di pentas teater. pada mulanya aku ingin mengarah dua buah naskah pada masa yang sama....namun akhirnya aku terpaksa membuat pilihan.....cerita yang aku minat aku terpaksa korbankan demi menghasilkan sebuah sentuhan yang bermutu ditambah pula dengan bantuan daripada taulan yang berpengalaman lebih daripada diri ini...

apa pun semua idea akan ditumpukan kepada permainan randai yang bakal terhasil diatas pentas...dan aku menjajikan yang terbaik kepada semua audience....

sokongan yang padu amat aku hargai dari semua...dan aku berharap sentuhan kali ini akan menjadi masterpiece aku...yang akan dikenang ditanah airku sendiri....SABAH BAWAH BAYU...

kepada audience semua..nantikan persembahan "Gelanggang Tuk Wali" yang akan diselitkan dengan elemen randai yang mungkin belum dilihat di sabah dan mungkin jugak jarang dilihat oleh para penggiat dan peminat darama pentas di Sabah.....

kehadiran para aktivis di sabah amat aku harapkan....dan komen serta penambah baikan amat dialu-alukan..

sekian...

still got a lot of work to do.....

fuhhhhhh.....

9.6.11

HEGEMONI

dalam kesebokan orang lain meneruskan cuti mereka, aku pula sibuk dengan perancangan aku untuk mengadakan show d dewan bahasa dan pustaka....baru aku merasa camana rasanya menjadi seorang pengarah...dengan karenah pelakon yang pelbagai...hhihi camana rasanya kalo x der pelakon....hihihi...aku harap kali nie...usaha aku akan berbaloi...dan x sia2.

25.4.11

breathing skills

sekawanan anak lembu berlari sambil mempraktikkan kemahiran pernafasan yang dipelajari di dalam kubang

2 kilometer, ada yang mati tersungkur secara tiba2

rupanya kesan merokok terlalu banyak.

hyahahahah

22.4.11

ayahanda

wahai follower sekalian

saat nie aku rasa macam nak share sesuatu dengan kamu semua
baru sebentar tadi aku terbaca entry MISS NEMO
which is my sister.

honestly i miss my father
tapi aku x tau apsal aku x dapat nak tunjukan yang aku nie sayang kat dia
memang aku akui
setiap kali aku menghubungi dia
aku asyik nak mintak duit
tapi bukankah itu sebenarnya x perlu
sebab itu adalah tanggungjawab 

pa, abg x tau apa nak cakap
abg rindu bapa
rindu masa lama yg kita pernah ada dulu.

biarlah malam nie aku lena dengan air mata.

13.4.11

apa sahaja yg ingin anda namakan...

maharaja gondang gentasari turun dari padang
bersama dengan sekalian hulubalang
kedatangan yang membuatkan semua manusia lari lintang-pukang
terlihat akan pergerakan yg seakan melayang
dengan ditangan terhunusnya parang

dan kemudian
ketibaan hulubalang terlebih dahulu disambut oleh dayang-dayang
terpaksa mereka mengukir senyuman sumbang
karena takut gentasari menjadi berang

bersoraklah sekalian hulubalang
di jamu dengan hidangan yang melimpah seluas padang
maharaja gondang gentasari turut merasa riang
di tambah pula dengan layanan asyik dari dayang-dayang

siapa menyangka riang akan menjadi perang
dalam riang berlabuhlah seorang dagang
dagang yang menggelar dirinya awang
kononnya seorang bekas panglima perang

mulalah gentasari mengukir berang
tatkala melihat kelibat si awang
si awang melangkah dalam irama yang tenang
menanti apa tindakan si berang

bertempiaranlah sekalian dayang-dayang
dikerahkan gentasari sekalian hulubalang
untuk menghapuskan si awang

kuatnya si awang bukan kepalang
dengan kekuatan lembing dilayang
melayang menembusi kepala sekalian hulubalang

terkejut gentasari melihat si awang
takutnya seakan menusuk ke tulang
berlarilah dia dengan lintang pukang
tidak sanggup menandingi kekuatan si awang

keluarlah semua wahai dayang-dayang
aku ini bukang orang yang berang
panggil saja aku awang
kedatanganku hanya untuk menyelamatkan dayang

dayang-dayang berasa riang
bila mendengarkan pengakuan si awang
umpama layu kembali kembang

dan akhirnya, bahagialah dayang-dayang bersama si awang

-tamat-

11.4.11

kebahagiaan, kesenangan, dan kekayaan bukan di tangan bapak.....semuanya datang daripada tuhan.....pada readers yang selalu follow entry saya.....mungkin anda tau saya memplagiat line ini dari mana dan ayat siapa kan???


ini bukanlah apa yang saya nak cakapkan di sini...sudah hampir setahun bergelumang dalam kehidupan sebagai anak seni...bermacam-macam perkara yang telah saya lalui...for ex:


1. kepenatan yang melampau...(semestinya)
2. kehidupan yang penuh dengan penipuan..
3. fren2 yang begitu menghargai erti persahabatan
4. nikmat bila dapat duit dengan usaha sendiri...(walaupun itu bukanlah yang terbaik.)

dan bermacam-macam lagilah.....saya senang dengan title yang ada pada saya sekarang iaitu seorang anak seni. entah kenapa dalam bidang ini saya rasa seolah-olah ada sesuatu yang akan menanti saya dihadapan sana....so saya akan teruskan usaha saya untuk membina nama dalam industri kita ini....hihihi...( bangga yang x leh blah). sekarang saya tengah ada tiga komiymen besar yang akan tiba x lama lagi....

1. produksi teater moden, BUAT MENYAPU SI AIR MATA. ini posternya



2. the chair, projek bersama emty space prod. ini posternya.


dan projek tahun akhir pelajar diploma iaitu oedipus ( teater klasik)



dan ada lagi lah beberapa produksi yang lain...tapi saya jadi krew jer...hihihi

well guys...tahts all utk entry kali nie...kalo ada nnt saya update lae k.

bubbye... luv u all...

4.4.11

malas la akak oiiiii......

aku x paham  la ngan diri aku ni
macam malas nak hygene..
mungkin je aku salah eja kan....
tapi semenjak dua menjak nie..
aku sering terheret ke dalam permasalahan yg aku x tau d mana hujungnya

n aku bengang setiap kali aku nak update blog aku nie....
aku terpaksa bersiap sedia dengan segala peralatan
untuk membersihkan blog aku yg penuh dengan mak bapak tikus
n semua benda alah yg mengotorkan blog aku...

sayang blog aku....
aku kesian dengan ko
sebab ko jarang dibelai
jarang disuap
dengan idea2 yg melampau...

adakah segala maki hamun mampu meriangkan ko kembali sayang...huhuhu

sayang...
aku ada hadiah untuk ko bulan nie...
nak tau apa???
alaaa...kain buruk jer...
buat menyapu si air mata...

28.2.11

apa yg harus aku rasa

pertama sekali, terasa segar setelah keluar dari sawang yg menutup keinginan aku untuk mengupdate blog nie. selama nie mungkin aku terperangkap dalam sesuatu yg x pasti aku ingin percaya ataupun tidak. welcome back to my life dear blog......terasa sangat aku ingin menulis pada saat nie ketika semuanya aku rasa bagai diluar perancangan semua.....mungkin x bisa aku ungkapkan semua....cukup sekadar memberi setitis yang lambat laun akan tersejat oleh matahari...huhuhu

1.2.11

what d fffffff

ari nie aku nak ceta ngan korang sumer camana aku jalani hari2 yang bosan tanpa apa2 benda yang boleh aku lakukan...huhuhuhhu....emmmm...aku x makan lae dari pagi nie...huhuhu....aku akan cuba untuk sesuaikan diri aku dengan keadaan nie....uhuhuhuhu....mungkin salah satu cara nak kuruskan badan kan...hahahahah...

n aku x nak menyusahkan ramai makhluk yang aku rasa diri aku nie menyusahkan dorang semua...hhihihihi

22.1.11

LOST

I FEEL LIKE I WANT TO TERMINATE THIS BLOG...................FULLSTOP !!!

20.1.11

HARI YANG INDAH UNTUK MENULIS BUAT KESEKIAN KALINYA. 

aku x tau sama da apa yang aku lalui ini berbaloi atau pun x
sebab apa? sebab aku rasa...dalam aku mengejar sesuatu akan ada benda yang pergi dari aku...huhuhu
fikirkanlahhh

7.1.11

KL ....IM BACK.

malam nie aku stay di rumah yang satu lagi dekat melinsung papar....aku rasa kewajipan aku sebagai seorang cucu da tercapai waktu cuti nie...n sebelum aku jalan tadi pon aku dala salam pelok ciomm nenek aku...ye sebab esok mmg x sempat la nak jumpe kan...huhuhu. yang best lae aku pun x tau lae apa no flight aku esok...hahahah...lawak x..tapi tue masalah kecik jerrr...hihihihaku harap kasut aku kering malam nie dan aku dapat pakai kasut tue esok ...k. 

aku rasa...cuti kali nie agak bermakna la jugak walaupun dapat bercuti sekejap jer...sebab..aku dapat lepas gian nak men bola tampar...hahahahah...ok la...mata pon da berat bekilo-kilo...aku akhiri post aku d cni 







SELAMAT MALAM BAWAH BAYU....

3.1.11

2011

hendak bercakap tentang 2011...seawal detik 0000 (1 januari) semua org pasang azam masing2. aku merasa heran dan kadang2 berfikir...apakah yang istimewa dgn azam???
aku akui yg dulu aku juga pernah punya azam setinggi azam org lain yg berazam...tetapi bila di penhujung tahun akan ada saja yg bisa merungut kerana azam yg mereka pasang tak tercapai...uhuhu

bagi aku...apa yang penting kita selalu improve utk setiap apa yang kita lakukan...x kiralah sama ada benda tu kecil atau pun besar kan...ihihihi...still talking about new year...aku berasa sedikit happy kerana keputusan exam dah kuar...n aku mendapat 2.78...x de la besar sangat...tapi aku puas kerana x de paper yg fail...n aku happy sebab aku dapat berada di kg halaman utk masa yg agak panjang aku rasa...10 hari..hihihi...then...anip latip...inilah satu permulaan utk kau terus memajukan diri dalam menongkah arus hidup sebagai anak seni...
semoga kali ini  semuanya akan berjalan dengan lancar.mintak2 semua akan ada kemajuan...kecuali PERUT...ihihi...kalo yg ni pun maju sekali ke hadapan...emmm...den x tau nak kobar apo lae ni ahhh...hahahah..

biarlah kenangan 2010 berlalu dengan segala kemanisan dan kepahitan yg telah melanda...lovu u 2010..tapi masa kita bersama x lama..2011 sudah ada utk menggantikan tempat mu...

bye-