24.8.11

sang pari-pari mimpi

kabut asap rokok menghempas muka yang suram diwaktu malam...
rahang terkatup rapat sambil kepala memikirkan kejadian sebentar tadi.
kenapa dia selalu layan aku cam tue...?
kenapa aku selalu rasa yang aku jer bersungguh.
aku sayang dia, dan aku yakin yang dia jugak sayangkan aku.

kali ini kekabutan asap rokok bukan lae menuju ke muka tapi dibawa angin menuju perlahan menyapa pancaindera seorang wanita tua disebelahku.
dengan muka ketat aku padamkan bara kematian setelah wanita tua di sebelahku seakan-akan disula bontotnya.

kerana rongganya disapa asap rokok sebenarnya.buntu aku semakin memuncak bila aku terlalu memikirkan perkara yang bagi orang lain x penting sama sekali. perlahan-lahan aku menarik sauh,berlayar pergi dari stesen elarti MJ.sebab? sebab elarti yang ditunggu lambat dan sesak macam palat. masalah itulah yang sering dihadapi oleh sorang pentelaah macam aku.

sampai aku di umah diiringi dengan makian kerana aku dah buang duit sebanyak RM 10 hengget semata-matu utk pakcik teksi tua yang hanya tahu menipu pelancong2 asing yang datang ke negara kita Malaysia.

kawan2 umah aku plak, macam2 ragam yang dapat dikenang indah, walaupun kadang2 perangai agak menyakitkan hati jugak. usai sudah mandi aku menyalakan sebatang rokok MALBORO SOFTPACK yang menjadi kegemaran aku bagi melayan gian tekak. termenung aku dimuka pintu, melihat kehidupan jalan Kuala Lumpur yang x pernah berhenti dalam kitaran 24 jam. 
memikirkan lahanat yang menjadi agenda hotak semasa di stesen elarti tadi, aku kembali merasa yang sebenarnya aku mmg sayangkan dia. kesian pada wanita tua yang turut menjadi pelampiasan kebuntuan aku.
aku ttp pintu,merebahkan badan ke lantai, cari jawapan, namun masih besar lahanat yang bermain dalam sistem lymbic aku.jadi aku mengambil keputusan untuk menemuinya esok malam, si pari-pari mimpi yang membuatkan aku jadi begini. 
selesai kitaran 24jam pada tarikh sekian2, aku mematikan enjin yang dilenjan habis2an di sepanjang Jalan Kucing. 

esok malam, pari2 akan tahu betapa aku buntu kerana dia, dan aku akan kata pada dia, izinkan aku mencumbuimu dihadapan teman2 agar mereka jadi saksi kegilaan ini selama 100 tahun. biar tiada orang yang dapat overlap standard piawai yang kita tetapkan.

-selamat malam pari-pari mimpi-

2 comments: