16.4.12

nak bengang ke gelak...

ruang dicipta untuk kita semua terus bernafas sebagai hambaNya di muka bumi yang indah ini. namun kenapa masih ada yang mensia-siakan peluang keemasan yang telah diberikan pada kita. aku terfikir, kenapa ada yang sanggup culas menjalankan tanggungjawab sebagai hambanya.

dan kita masuk ke topik lain, khamis yang lepas, aku dan sahabat syafiq syazim melakukan pembentangan tentang sebuah naskhah hasil tangan NAMRON iaitu lembu. aku dan sahabat melakukan pembentangan dengan begitu yakin aku kira. tapi pada akhir pembentangan ada pula suara yang cuba menjatuhkan kami. bertanyakan tentang benda yang remeh. BIODATA PENULIS???....menurut kepada skema pembentangan yang diberikan tidak tertulis dimana-mana bahagian yang biodata pengarang perlu dimasukkan sekali sewaktu pembentangan. itulah apa yang dikatakan oleh pensyarah itu sendiri. sewaktu beliau sedang asyik dengan bebelan kedai kopinya, aku hanya mampu melahirkan wajah yang toya, x tahu sama ada perlu tergelak atau terus bengang dengan kejadian yang berlaku dihadapan belasan pasang ank mata itu. bila kita menjawab dikatakan kita sebagai murid yang kurang ajar.....tu la yang payah guru zaman sekarang. hal peribadi dibawa masuk kedalam kelas. apa pun tugas aku da selesai dengan pembentangan yang pertama. selepas ini ada pula pembentangan tentang tokoh yang menyumbang kepada perkembangan teater moden d malaysia. dan melihat pada hasil undian..,, aku akan membuat kajian tentang SHAHAROM HUSSAIN.......

baiklah sekian saja untu kali ini......biarkan orang terus berkata ttg kita...kerana hanya kita sendiri yang lebihmengenali diri kita yang sebenarnya....

adios...

No comments:

Post a Comment